Friday, March 4, 2011

~~Wanita Yang Menyerahkan Jiwa Raga kepada Allah Yang Maha Adil

assamualaikum followers..  entri kali ni intan tulis dalam bahasa melayu sebab nak citer sikit pasal satu kisah daripada buku 'motivasi menjadi wanita paling bahagia'... *lagipun husna selalu cakap yg die malas nak bace blog intan sebab dalam english.. sebab sayang roommate kan, so buat la.. haha =P

             Berikut ini adalah kisah seorang wanita Jahniah yang berbuat zina, kemudian bertaubat. Untuk memenuhi tuntutan taubatnya, wanita Jahniah itu datang kepada Rasulullah s.a.w, meminta untuk direjam supaya menjadi wanita yang bersih semula. Dia datang dengan perut yang buncit kerana sedang mengandung anak hasil perzinaan.

             Dengan penuh keberanian, wanita itu berkata: "Ya Rasulullah, aku memang patut dihukum, laksanakanlah hukuman ke atasku." Baginda tidak menghukumnya serta merta, tetapi baginda memanggil walinya dan berkata kepadanya: "Jagalah dia dengan baik hinggalah dia melahirkan anak yang dikandungnya. Selepas itu bawalah dia kemari."

            Sesudah melahirkan anak yang dikandungkannya, maka hukuman rejam pun dilaksanakan ke atas wanita itu. Rasulullah menyuruh wanita itu menanggalkan bajunya untuk direjam dan wanita itu mati setelah menjalani hukuman itu. Selepas itu baginda menyembahyangkan jenazahnya sebagai jenazah orang islam yang lain. Melihat hal tersebut, Umar bertanya: "Adakah anda menyembahyangkan dia padahal ia telah berbuat zina?" Baginda menjawab: "Dia sudah bertaubat. Sekiranya pahala taubatnya dibahagi-bahagikan kepada tujuh puluh penduduk Madinah, nescaya ia akan cukup bagi mereka. Adakah ada yang lebih baik daripada penyerahan jiwa kepada Allah?"

           Keberanian wanita itu mengakui dosanya di hadapan Rasulullah s.a.w adalah kerana dorongan iman yang kuat untuk membersihkan dirinya, dan memilih balasan akhirat daripada hukuman dunia. Jika dia tidak mempunyai iman yang kuat, tidak mungkin ia memilih mati direjam seperti itu.

           Lalu timbul soalan: "Mengapa dia berzina? Bukankah dia melakukan itu kerana imannya lemah?" Jawapannya adalah: "Kadang-kadang iman manusia lemah sehingga jatuh pada perbuatan yang dilarang, kerana manusia diciptakan dari kelemahan. Kadang-kadang manusia terpeleset, kerana dia diciptakan dari ketergesaan, dan kadang-kadang tersesat kerana kekurangannya. Bagaimanapun, benih iman seperti pohon yang rendang, maka iman itu akan menampakkan kekuatan dan keyakinan yang mantap. Keadaan inilah yang membuat wanita itu cepat-cepat datang kepada Rasulullah dan meminta untuk mensucikan dirinya dan menyerahkan jiwanya demi reda, rahmat dan ampunan Allah.

=) jadi, adakah wanita pada zaman ini masih mempunyai keimanan yang kuat seperti wanita Jahniah itu? yang sanggup direjam untuk menjadi wanita yang bersih.. rasanya sangat berbeza.. wanita zaman ini tanpa segan silu melakukan zina.. malah kadang-kadang bangga dengan perbuatannya! alangkah baik jika keimanan kita seperti wanita Jahniah tersebut.. =)

insyaAllah, sekadar peringatan untuk teman-teman dan yang lebih penting untuk diri sendiri yang telah banyak melakukan dosa.....

No comments:

Post a Comment