Thursday, March 24, 2011

~~Result SPM Teruk! Jangan Down Sayang =)

assalamualaikum n helllooooooooo to the great gorgeous sweetie pie hunny bunny followers... haha! ^^ well, hopefully you guys in the good conditions and crazy as me!! =P addicted, again? =) 

In(saya la..) currently at library now.. tadi masa datang sini dengan tekadnya tak nak on facebook atau blogging.. dengan matlamat yang satu, nak siapkan saki baki lab report dan study kimia organik.. duduk-duduk je terus ngadap komputer cari bahan untuk discussion lab report... haaa, sekarang dah siap la! ^^ tapi rasa sayang pulak nak meninggalkan komputer ni dan berlalu pergi.. sobs2... touching.. In dapat rasakan komputer ni pun sedih tengok In pergi.. so In mengambil keputusan untuk ber'blogging' jap.... *alasan! hahaha... ok, fullstop.. tak tahu la apa nak jadi dengan In nih... tolong angkat tangan sape yang introduce dunia blogging ni dekat In??? sape? sape? sape?? haha XD  hobi In yang ke4 la jawabnya! baru je semalam In cakap banyak test & assignment minggu depan... -_-'' ok, ok.. tak pe =) In kejap je nih... =)
bila In tengok dashboard, blogger-blogger lain duk asyik sibuk bercerita tentang SPM.. satu topik hangat memandangkan rabu lepas keputusan SPM diumumkan.. tak terkecuali adik In juga.. haha.. adik siap pesan dekat ma macam ni.."ma, kalau result adik ok, adik balik rumah..kalau tak, adik tak nak balik!.."alhamdulillah adik balik jugak.. haha.. tahniah diucapkan buat semua adik-adik yang berjaya mendapatkan result yang cemerlang..inilah kejayaan hasil dari usaha anda.. =) tapi buat yang tidak bernasib baik dan mendapat result yang kurang cantik...*macam In! jangan la rasa down atau rasa dunia dah tamat untuk diri kita ni...=) 

meh sini In nak cerita sikit tentang diri In sendiri... tentang result In yang tak berapa nak cantik! haha.. *memang tak cantik.. tapi macam yang In cakap, apa yang kita usahakan, itulah yang kita dapat.. jangan sedih kalau-kalau kita dah usaha semampu yang boleh, tapi result teruk jugak.. mungkin ada silap dekat mana-mana yang kita tak perasan.. =) Allah lebih mengetahui segalanya... dunia ini bagaikan putaran roda.. yang kadang kala kita berada di atas dan adakalanya di bawah.. jangan risau dan jangan rasa yang hidup ni dah tak bermakna.. macam In, In belajar di sekolah harian biasa, yang cikgu-cikgunya hanya beri kerja rumah untuk dibuat dan hantar.. no prep, masa diatur sendiri oleh In, terpulang pada In nak study waktu bila... selalunya In akan habiskan masa dengan buat kerja rumah pada waktu malam sampai pukul 12.. lepas tu tidur.. begitu la hari-hari In.. berlainan dengan kawan-kawan lain yang tinggal di asrama.. masanya diatur oleh warden, ada prep setiap malam, cikgu-cikgu beri soalan-soalan past year untuk dijawab supaya biasa dengan jenis soalan exam, waktu makan, solat dan sebagainya semuanya telah diatur.. In nak dapatkan soalan past year pun payah, tak de kawan dari sekolah lain.. yang diberikan cikgu pun setakat 2,3 sekolah.. 

so, result In... macam In cakap memang tak cantik! haha.. 'colourfull'.. tapi alhamdulillah semua kredit.. tapi In agak sedih la sikit sebab result trial In lagi baik dari result sebenar.. frustrated jugak disitu tapi tak pe.. *padahal menangis... =P lepas tu In dapat masuk matrikulasi.. dekat sini memang In dapat tekanan yang hebat! sangat hebat kawan.. setiap malam In menangis tepi ceruk koridor bilik T-05,aras 3, blok B2, kolej matrikulasi pahang, gambang, pahang..  tahu tak kenapa In jadi macam ni walaupun masa tu masih minggu orientasi In?? penyebab utamanya adalah rakan-rakan disekeliling In... yang rata-rata mendapat 9A,10A,11A!!! yang membuatkan In rasa In akan gagal, dibelakang, rendah diri giler, rasa tak hebat dan sebagainya.. ditambah pula penyebab kedua terbesar, In jauh dari family.. *homesick.. In telefon ma dan menangis.. cakap yang In tak hebat macam kawan-kawan lain.. yang lain semua datang dari asrama penuh, mrsm dan sebagainya.. jauh berbeza dengan In yang hanya dari sekolah biasa... 

lepas tu, kaunselor cakap dengan In.. ingat apa yang In nak cakap ni.. "selepas tamat SPM, dan selepas anda mendapat keputusan SPM, dan memasuki matrikulasi, asasi atau mana-mana institusi lain...LUPAKAN KEPUTUSAN SPM ANDA....." bukan In yang cakap, tapi pensyarah In yang merangkap kaunselor.. sebab... anda semua akan bermula dengan KOSONG.... ingat kawan-kawan, KOSONG... tak kira la anda dapat 1A, 2A, 10A, tak de A pun, anda semua akan bermula dengan KOSONG... means, apa yang pensyarah tu cakap dekat In, jangan la kita rasa merendah diri atau rasa dah gagal dalam hidup ini kalau dapat keputusan yang teruk.. atau rasa bangga dengan diri ini kalau dapat keputusan yang hebat.. sebab bila kita menjejakkan kaki ke matrikulasi, asasi, kolej atau mana-mana institusi, kita semua akan bermula pada tempat yang sama.. =) sebab, kita semua akan belajar benda yang baru, yang tak sama pun seperti di sekolah..
yang dari sekolah biasa, jangan la rasa rendah diri dengan kawan-kawan yang datang dari asrama penuh, mrsm dan sebagainya... sebab semuanya akan bermula dengan titik permulaan yang baru.. kita dan mereka sama je... ada 24jam sehari dan 7hari seminggu.. tiada beza, tiada lebihnya mereka.. cuma usaha kita yang berbeza-beza... =) tapi memang betul dan tepat apa yang pensyarah tu cakap dekat In.. lepas je exam final semester 1, kebanyakan student yang asalnya dari sekolah harian biasa, dapat result yang luar biasa! gempak2 je.. 3.8, 3.9, 4.0... In? alhamdulillah, lebih dari apa yang In jangkakan... =) sebab di sana, tiada guru yang akan memberikan soalan-soalan past year untuk dijawab, tiada prep setiap malam, tiada aturan untuk pergi makan, solat dan sebagainya, tiada loceng yang berbunyi setiap pagi untuk bangunkan kita... semuanya sendiri.. atas usaha kita SENDIRI.. kejayaan yang kita usahakan SENDIRI.. mendisiplinkan diri SENDIRI... XD sudah tentu, rakan-rakan yang datang dari asrama penuh, mrsm, kolej swasta akan mendapat result yang gempak juga.. dan ada jugak yang tewas sebab diorang rasa selesa dengan result sewaktu SPM dan mula khayal sebab first time hidup bebas tanpa kawalan warden dan sebagainya.,.. hey! jangan ingan In nak buat sesiapa marah, tujuan utama entri ini adalah untuk menaikkan semangat adik-adik yang rasa down sebab keputusan yang kurang ceria... =) so, terbuktikan? yang kita semua bermula dengan angka KOSONG...

dan sekarang, In telah berjaya menapakkan kaki ke universiti.. kebanggaan In dan kawan-kawan yang lain.. UTM.. macam biasa, first time melangkahkan kaki di sini.. In dan kawan-kawan yang lain bermula dengan angka KOSONG... hanya usaha dan disiplin diri yang menentukan kejayaan kita...

doakan kejayaan In dan kawan-kawan yang lain ya? =) 

In sentiasa doakan kejayaan kamu semua dunia dan akhirat..

key of success, trust your self... 


p/s: kita 0-0 ya?

No comments:

Post a Comment