Saturday, March 19, 2011

~~Antara Saya, Penulis, Scientist dan Doktor.... =)

assalamualaikum n hellllooooooooooooooooo to the great sweetie pie gorgeous followers..!! ^^ haha.. 
nah, again?? addicted.. bila si 'petah dah mula mengalunkan jari jemarinya di keyboard si kecil molek purple ni... sorry! memang tak boleh nak stop la kan.. =P agak bahaya jugak bila seseorang macam saya ni dah ketagih dengan dunia cyber dan sebagainya... sobs... tak pelik! Mr K lagi teruk!! hahaha... *tapi memang tak boleh nak lawan kehebatan Mr K menekan-nekan keyboardnya... hebat! gedebush!! suatu hari nanti harap-harap dapat la menjadi hebat dan the boomb macam Mr K..=) macam mana pulak kehebatan Fatin Liyana dengan segala fesyen dan shawlnya?? followers berbelas ribu.. memang hebat!! oh! lupa pulak dekat Maria Elena yang agak terkenal dengan segala macam video dan celotehnya... hahaha... saya? tidak, tidak... penulis biasa yang masih bertungkus-lumus menyiapkan buku cerita kanak-kanak pertama saya.. *perasan! due date untuk hantar penyertaan dah hampir giler... tapi macam ada masalah pulak dekat sini.. saya rasa cerita saya tu tak sesuai dibaca oleh kanak-kanak yang berumur 3-6 tahun... hmmmm... macam sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 8-10tahun.. agak membingungkan di sini... saya masih tercari-cari kehebatan saya berkarya seperti dulu.. hahaha.. walaupun pembacanya hanyalah adik saya! hak3.. tapi kira hebatlah kan bila adik sendiri boleh cakap macam ni..."bile nak sambung tulis lagi citer tu?" wah, hebat kan? hebat kan?? kan,kan, kan??? GEDEBUSH!! hahahaha.. -_-'' apa-apa pun, doakan saya berjaya menyiapkannya dengan jayanya... sobs2.. kawan-kawan yang rapat asyik buat muka pelik bila tengok muka saya yang serius menaip sambil bertanya.."buat ape tuh?" =P dan jawapan yang akan saya berikan.."heheh, tak de pape.." uwa... bukan nak berahsia sangat pun.. tapi malu sangat-sangat kalau diorang tau saya sedang berkarya.. *berkarya la sangat... malu kalau-kalau diorang gelakkan cerita saya.. malu kalau tak jadi dan sebagainya.. tapi, Syira ada berpesan..."kalau takut nak mencuba, macam mana nak berjaya??" yeah!!! betul sangat... thanks to syira yang memberikan semangat dan dorongan.. heheh.. 

belajar di Universiti, kos Kimia Tulen, tidak menghalang saya 100% untuk tetap meminati dunia penulisan.. heheh.. cuma saya masih lagi belum sehebat FAUZIAH ASHARI, DAMYA HANNA, NOORHAYATI BERAHIM, HLOVATE, HILAL ASYRAF....INTAN SYAHIRA...ooopppss!! XD tapi kan, kadang-kadang saya masih takut kalau tak dapat bahagikan masa dengan baik, tak dapat menulis dengan baik, study dengan baik... sebab saya tak lah se'genius' dia ni.. ataupun dia ni.. ataupun dia.. ataupun dia jugak... tapi saya akan pastikan saya dapat seimbangkan antara dunia study dan dunia penulisan dengan sebaik yang mungkin... XD InsyaAllah.. hobi telah diransang menjadi cita-cita sekarang.. =) Sains kimia, tak nak jadi scientist? nak! mestilah nak.. saya masih mencintai KIMIA seperti dulu.. dan menulis, berkarya, mengarang adalah cita-cita sampingan saya.. =) cita-cita asal yang di idam-idamkan 'doctor wanna be' tidak kesampaian akibat daripada 'kerajinan' saya menelaah buku... hahahaha XD buku Campbell yang dibeli time matrikulasi dulu hanyalah sebagai peneman dikala tidur.. 'Bedtime Stories'... XD tapi saya tak nafikan, memang seronok belajar mengenai dunia Biologi.. hebat!! banyak perkara yang kita tidak tahu.. bagaimana hebatnya Allah yang Maha Esa mencipta sesuatu dengan penuh kesempurnaan.. hmmm.. sebagai contoh 'lub dub'.. anda tahu apa itu lub dub?? =P letakkan tangan di dada sebelah kiri dan rasainya... =) orang ramai selalu cakap yang degupan jantung berbunyi 'dup dap dup dap'.. macam berdebar menunggu para kekasih datang menjemput time nak keluar dating.. haha.. tetapi sebenarnya degupan jantung berbunyi 'lub dub'.. dimana setiap terhasilnya bunyi 'lub' dan 'dub' adalah kerana pengepaman oxygenated blood dan juga deoxygenated blood melalui salur darah yang bergerak melalui jantung.. cuba rasa lagi sekali.. laju tak jantung tu berdegup?? SATU bunyi 'lub' dan 'dub' sebenarnya telah sempurna satu kitaran perjalanan darah!! bayangkan berapa banyak bunyi 'lub' dan 'dub' dalam beberapa saat? berapa lajunya jantung mengepam darah? berapa ramainya manusia di bumi ni? yang hanya di awasi oleh Allah yang Satu... hebat tak? hebat, hebat, hebat???  tu belum lagi termasuk tugas-tugas mitochondria, nucleus, cell membrane dan sebagainya.. *tak sangka saya ingat lagi.. XD giler best..!! nak sambung sikit lagi, husna jangan bosan baca nih... ilmu ni penting.. =P tentang biodiversity.. haha.. tajuk yang hebat sewaktu di matrikulasi dulu.. 5 kingdoms yang saya belajar.. bermula dengan kingdom bacteria, fungi, plantae,animal dan satu lagi saya lupa.. XD dan kita tergolong di kingdom yang ke5.. dan setiap kingdom ada pecahan untuk beberapa kumpulan pulak.. dan setiap kumpulan ada bermacam-macam species.. dan setiap species mempunyai nama yang tersendiri.. dan nama mereka yang saintifik sangat la menyeramkan.. kerana kesalahan ejaan akan menyebabkan saya mendapat 0 markah! hebat!! inilah antara punca saya tak dapat nak jadi doktor... *alasan.. =P oh ye! terlupa nak bagi contoh.. contohnya kat sini ialah Tania Saginata Sp. .. sedap tak nama? agak-agak rupa dia macam mana? cantikkah? sehebat namanya Tania? comelkah? alamak..... ianya hanyalah seekor LINTAH..** berlaku kesilapan disini!! Taenia Saginata sp. sebenarnya ialah seekor CACING PITA... baru perasan... XD hahaha.. macam mana pulak dengan Rana Sp. ...?? nama diberi membuatkan kami rasa makhluk ini sangat la comel dan jelita... ya, sangat comel.. si KATAK yang comel... =P hak3

ok, cukup la.. sebenarnya saya nak buat entri pasal benda lain.. tapi dah terlalut banyak sangat di sini.. *dan sedikit pengetahuan untuk semua...=) lain kali je saya buat entri tu.. =) 

p/s: ''...apabila seseorang wanita menceritakan perihalnya kepada seseorang lelaki, ingatlah bahawa dia merasakan bahawa lelaki itu sangat penting dalam hidupnya....'' =)

No comments:

Post a Comment