Wednesday, March 16, 2011

~~Dikejar Angsa Abah.. (><,)

assalamualaikum n hello guys... hehe... 

walaupun jam dah menunjukkan angka hampir 2 pagi, tapi saya masih tak rasa mengantuk! memang normal kalau begini.. *akibat tidur petang =P haha.. tapi kalau saya isi masa ni dengan study mesti lebih bagus kan? tapi malangnya, saya tak nak.. hahaha.. sebenarnya baru je selesai buat latihan sikit tentang kimia organik, buat surat untuk penubuhan kelab gymnasium dan sedang cuba untuk mengarang sebuah cerita kanak-kanak!! ^^

satu pertandingan telah diadakan di universiti saya, UTM.. mengarang buku cerita yang sesuai dibaca oleh kanak-kanak berumur 3tahun-6tahun.. =) sedang bertungkus-lumus mengarang cerita dan memerah idea.. hyphotalamus, thalamus, cerebellum, amygdala dan medulla rasanya dah cukup berfungsi.. (><,) tapi idea masih lagi di awangan.. terkapai-kapai... huuhh... letih.. kalau nak di ikutkan bukannya penting sangat pun.. hanya sekadar pertandingan.. tapi yang membuatkan saya begitu teruja untuk menulis ialah kerana buku yang menjadi pilihan akan di'publishkan'! *publish dalam malay ape? itu yang buatkan saya rasa nak sangat cuba untuk menyiapkan buku cerita saya ni.. hehe.. macam biasa, nama pilihan pujangga saya, WIRDATUL lah.. =) nak letak kat nama anak, tapi lambat lagi.. letak kat buku dulu.. =P doakan saya dapat siapkan buku cerita pertama saya dengan jayanya ye... =) oh ye! saya kena menulis sebuah buku yang berkaitan dengan Go Green and Sustainable... macam sebuah cerita untuk menanamkan sifat cinta akan alam sekitar dalam setiap diri anak-anak.. *kanak-kanak

balik pada topik asal, kelmarin rasanya saya ada cakap nak ceritakan kisah dikejar angsa abah! haha.. tak tahu la macam mana saya masih boleh ingat lagi kisah ni sebab masa tu saya baru je berumur 4tahun.. hai, kagum dengan kejayaan otak saya berfungsi.. lebih mudah mengingat kisah-kisah di zaman kanak-kanak berbanding dewasa ni.. apa yang pensyarah ajar pun rasanya tak boleh nak ingat sedetail ni.. haha... tapi memang betul la.. setiap otak manusia ada jenis memori.. memori kekal dan juga memori sementara.. memori kekal seperti mengingati tarikh hari lahir orang-orang yang kita sayang, tarikh-tarikh penting dalam hidup kita serta pengalaman manis dan pahit! memori sementara pulak selalunya mengenai hafalan tentang sesuatu yang kita pelajari untuk jangka masa yang pendek.. contohnya, menghafal untuk exam..=) jadi, kesimpulannya? cuba la simpan apa yang kita pelajari daripada pensyarah tu dekat memori kekal.. bukan memori sementara je.. =P haha!

hanya sebuah kisah pendek, sekadar mengisi waktu saya mencari idea.. 
abah ada la bela angsa.. dah lama sangat abah bela dia nih.. sejak kitorang tinggal di felda sertik pahang hinggalah berpindah ke felda nitar 2, johor.. *kejadah tiap kali pindah nak bawak dia nih??
nama angsa kesayangan abah ni "ETONG" haiiishh, tak tahu la saya mana abah dapat nama ni.. tak moden langsung.. *kucing saya 'CUKI'.. ok la kan berbanding nama angsa abah?? etong ni memang la mengada tahap cipan.. mengada sangat2.. sebab apa? dia just bermanja dengan abah je! =( bukan main baik lagi dengan abah.. duduk dekat-dekat dengan abah pun abah rileks je.. tak takut pun kena kepit.. sebab tu memang tabiat dia.. dah la garang giler.. benci betul =P asal nampak orang je nak kejar, nak menyondol.. pastu siap la lebam-lebam peha mak cik jiran sebelah tu kena kepit.. alhamdulillah saya tak penah pun kena kepit dengan etong.. ma pun penah kena.. sebab apa saya tak kena? sebab saya brutal!! haha..  

alkisah, suatu petang yang agak hening.. sedang saya bermain diluar rumah.. ternampak la etong sedang berjalan-jalan... alamat gatal tangan sangat dan cari nahas, dengan selambanya saya pegi baling batu n kayu dekat etong.. memang cari nahas la kan.... akibatnya, saya dikejar!! waaaa.... tak tahu nak buat apa sebab macam tak de sape je nak tolong.. dah la kecik lagi.. tragedi yang menakutkan.. abah pulak belum balik dari kerja.. sobs sobs... apa lagi yang saya mampu lakukan? jeritlah! haha... berlari lintang-pukang cuba selamatkan diri.. takut yang amat.. padan muka.. =P 

tapi, nasib baik saya seorang budak yang genius.. *perasan.. dengan berbekalkan tenaga yang ada, masa etong tengah kejar saya keliling pokok.. saya pun naik atas badan dia.. hahahahaha.. lawak giler.. leher etong kan panjang.. saya cekik sekuat hati.. hak3.. tak tahu la apa perasaan dia time tu... tapi yang penting, saya cuba selamatkan diri saya nie... haha.. tak tahu la berapa lama benda tu berlaku.. saya dah tak larat nak jerit.. tiba-tiba abang saya yang tak berhati perut dulu tu dengan baik hatinya datang membantu.. padahal adik dia ni dah separuh mati kat situ.. lega jugak dia datang.. kalau tak mati kot etong abah kena cekik.. lepas tu tak tau modal nak jawab apa dengan abah.. =P nasib baik tak kena kepit..

tu la kisah etong, angsa kesayangan abah...peliknya dengan abah romantis tahap gaban.. abah usap-usap kepala la.. menyampah! tapi tu la etong.. angsa kesayangan abah.. =) abah sayang sangat denagn etong ni.. time kami pindah johor, abah beli lagi satu angsa.. tapi betina.. *hadiah untuk etong kot.. =P selalu jugak bertelur tapi tak penah jadi anak.. bila menetas je telur, ada je anak-anak jiran yang nakal baling-baling batu.. akibatnya, mati la sume anak angsa yang comel tu... haiisss..

tapi yang sedihnya, tak lama lepas tu bini etong ni mati.. kena makan dengan khinzir.. sedih yang teramat sangat tengok etong time tu.. hari-hari melalak, menjerit macam panggil bini dia... abah pun sedih la bila tengok anak kesayangan dia macam tu... =)

tapi paling sedih bila abah pergi.... etong macam faham sangat apa yang jadi... masa abah sakit, abah ada bagi etong pada kawan baik abah.. mintak jaga etong... tapi kawan abah cakap, etong macam tak nak makan n sebagainya.. hari-hari menjerit... macam panggil abah.. sebab dulu tiap kali abah balik kerja, akan dengar bunyi motor abah dari jauh lagi.. bila dengar je motor abah, etong pun terus jerit-jerit... tau-tau je yang abah balik... 

tak lama lepas abah pergi, etong pun mati... sedih sangat-sangat.. sebab etong dan abah.. walaupun dia orang cuma ada hubungan antara manusia dan binatang, tapi sangat rapat.. tak dapat nak ungkapkan macam mana...

bila ingat balik.. rindu sangat-sangat dengan etong dan abah.. =)

selamat malam!

No comments:

Post a Comment